Pembinasa Type 052D

Pembinasa Type 052D (NATO/OSD pembinasa kelas-Luyang III)[14] adalah sebuah kelas pembinasa peluru berpandu dalam perkhidmatan Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat China. Type 052D merupakan sebuah versi lebih besar bagi Type 052C; Type 052D menggunakan sistem pelancaran menegak (VLS) jenis kanister, berbanding jenis revolver[12] dan radar jujukan imbasan elektronik aktif (AESA) berpanel rata.[11] VLS baharu tidak hanya terhad untuk peluru berpandu permukaan ke udara, menjadikan Type 052D sebagai pembinasa pelbagai peranan pertama China.[12]Media-media China secara tidak rasmi memanggil Type 052D sebagai Aegis China, menggambarkan pesaing setara dengan kapal-kapal milik Tentera Laut Amerika Syarikat yang dilengkapi dengan Sistem Tempur Aegis.[16] Penampilan pembinasa Type 052D dengan radar berpanel rata dan VLS berasaskan kanister, menggalakan penggunaan dakwaan.[11]

Rujukan

WikiPedia: Pembinasa Type 052D http://news.bandao.cn/a/367624.html http://eng.chinamil.com.cn/view/2019-10/17/content... http://english.chinamil.com.cn/news-channels/2016-... http://eng.mod.gov.cn/DefenseNews/2015-12/14/conte... http://www.zibo.gov.cn/art/2020/1/14/art_2488_1853... http://news.inewsweek.cn/news-32022-p-3.html http://www.janes.com/article/67151/china-s-north-s... http://www.janes.com/article/71873/china-launches-... http://www.janes.com/article/72509/china-commissio... http://www.navyrecognition.com/index.php?option=co...